Tuesday 30 November 2010

Hadis Nabi S.A.W. Berkenaan Panji Hitam Ufuk Timur

1. Sabda Nabi SAW:

Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

2. Sabda Nabi SAW:

Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.

3. Sabda Nabi SAW:

Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.

4. Sabda Nabi SAW:

Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja.
(Abu Daud & Al-Hakim)

5. Sabda Nabi SAW:

Tiga ratus empat belas orang yang di antaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.

6. Sabda Nabi SAW:

Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.

7. Sabda Nabi SAW:

Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.
(Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)


8. Sabda Nabi SAW:

Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullulah, bagaimana kami dapat mengenalinya? Nabi SAW menjawab, Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya.

9. Sabda Nabi SAW:

Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).

10. Sabda Nabi SAW:

Dari Ibnu Masud RA, katanya, ketika kami berada di sisi Rasullulah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai? Baginda menjawab, Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.
(Ibnu Majah)

11. Sabda Nabi SAW:

Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya.
(Nuaim bin Hammad)


12. Sabda Nabi SAW:

Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim)

13. Sabda Nabi SAW:

Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, Wajib setiap orang mukmin menerimanya. (Abu Daud, an-NasaĆ¢I, al-Baihaqi & al-Husin)


14. Sabda Nabi SAW:

Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.


15. Sabda Nabi SAW:

Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid.
(Iman Muslim)

16. Sabda Nabi SAW:

Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri berhampiran tempat simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak seorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh sesuatu kaum. Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, apabila kamu semua melihatnya, hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi.
(Ibnu Majah)

17. Sabda Nabi SAW:

Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya.
(Ibnu Majah)

18. Sabda Nabi SAW:

Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya.
(At-Tarmizi)

Rujukan

Kenali Diri Melalui Kaedah Metafizik Tarikh Lahir

Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?

Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,

"Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri."

Kaedah Sains Metafizik yang dibawakan ini adalah untuk mengenali potensi diri dan bukannya untuk menilik nasib kerana kitalah yang memilih untuk menjadikannya positif ataupun negatif. Kaedah ini berdasarkan kepada pola dan kitaran kejadian dan pengalaman orang lain yang dapat digunakan sebagai panduan untuk memilih untuk memilih.

Ingat! Kita perlu mengubah diri kita sendiri tanpa perlu tunggu orang lain malah menunggu atau meminta-minta Allah s.w.t. untuk mengubahnya. Usaha perlu dilakukan, tetapi doa dan tawakkal juga perlu kerana sebagai makhluk yang lemah disisiNya, kita perlu memohon supaya usaha perubahan yang kita lakukan itu diberkati. Tiada guna jika berusaha berubah tanpa ada keberkatan di atas usaha kita.

Bukankan Allah s.w.t. menyatakan di dalam firmanNya di dalam al-Quran yang bermaksud;

"Aku (Allah) tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"

Tawakkal? Adakah kita menepati konsep tawakkal?

Mari kita hayati suatu kisah yang pernah berlaku di zaman Rasullah s.a.w., kisahnya begini;

Semasa sedang Saidina Umar al-Khattab r.a. ke masjid kelihatan beberapa sahabat tidak membiarkan unta mereka tanpa ditambat.

Saidina Umar al-Khattab r.a. bertanya "Mengapa kamu tidak menambat unta-unta kamu."

Mereka menjawab "Kami bertawakkal kepada Allah s.w.t. wahai Umar. Bukankah kita kena bertawakkal kepada Allah s.w.t.?"

Saidina Umar al-Khattab r.a. menambah "YA! wahai sahabat-sahabatku, tetapi kita mesti berusaha dahulu (dengan menambat unta) kemudian baru bertawakkal."
Kita mesti berubah. Untuk berubah mesti ada caranya, jangan sampai terpesong. Tarikh Lahir Sains Metafizik ini tidak terpesong dari ajaran Islam. Malah kita akan mengenali diri kita sendiri dengan mendalam.



RAHSIA TARIKH LAHIR


KERJAYA - Adakah anda di dalam industri dan memegang jawatan yang sesuai? Ketahuilah kerjaya yang paling sesuai untuk anda.

PERNIAGAAN - Adakah anda seorang yang berorientasikan perniagaan? Adakah anda dilahirkan untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan? Mengapakah perniagaan anda gagal? Seterusnya, daripada TARIKH PENDAFTARAN SYARIKAT anda, kami boleh melihat apakah yang bakal berlaku di dalam syarikat (masalah, halangan dan keupayaan untuk menempa kejayaan).

KESIHATAN - Dengan menggunakan kaedah metodologi ini boleh memberi amaran awal kepada anda tentang penyakit-penyakit yang bakal dihadapi.

PERHUBUNGAN - Kesesuaian seseorang adalah KUNCI kebahagiaan. Analisis TARIKH LAHIR boleh membantu untuk mengenalpasti pasangan ideal anda samada di dalam perniagaan atau di dalam kehidupan. Perhubungan dengan pasangan atau anak, baik atau buruk akan didedahkan. Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan. Mengetahui kebarangkalian berlakunya penceraian di dalam sesebuah rumahtangga.

KEKAYAAN - Dengan mengetahui TARIKH LAHIR anda boleh memperolehi CARTA yang menunjukkan turun naik kehidupan anda sejak kecil sehingga mencapai umur 120 tahun. Ianya secara jelas dapat menunjukkan bilakah peluang akan muncul. Anda seterusnya hendaklah menggunakan peluang tersebut apabila tiba masanya.





1 = Anda Mempunyai Ciri-Ciri Kepimpinan. Kemungkinan Semasa Alam Persekolahan Atau Selepas Anda Dilantik Menjadi Ketua Atau Penolong Atau Dalam Persatuan. Kemungkinan Juga Anda Menolak Perlantikan Dalam Jawatan Tersebut. 

2 = Anda Punyai Komunikasi Atau Penyampaian Yang Baik. Suara Anda Kedengaran Lantang Dan Jelas. Mungkin Juga Anda Susah Atau Malu Nak Mula Bercakap Namun Apabila Sudah Mula Anda Kelihatan Mesra. 

3 = Pergerakan Anda Sangat Cepat Atau Lain Kata Anda Tidak Suka Bertangguh Dalam Sesuatu Perkara. 

4 = Anda Suka Merancang Dan Juga Anda Suka Kepada Ilmu Pengetahuan. 

5 = Anda Seorang Yang Punyai Prinsip Sendiri. Contoh Jika Anda Kata “A”, “A”Lah Jawapannya, Jika “B”, “B”Lah Jawabnya. Atau Anda Tidak Terus Membuat Keputusan Serta Merta Dan Anda Akan Fikir Dahulu Dan Jawapan Akan Diberi Kemudian. 

6 = Anda Mempunyai Sifat Kekeluargaan Atau Ambil Berat Tentang Keluarga. Ini Membuatkan Anda Bagus Dalam Perancangan Kewangan. 

7 = Anda Punyai Ramai Kawan Atau Mudah Mendapat Penyokong. Ini Membuatkan Hidup Anda Nampak Bertuah. 

8 = Anda Seorang Yang Bertanggungjawab Sama Ada Terhadap Keluarga Atau Kerjaya.
Contoh Dalam Kerjaya Atau Persekolahan Jika Diberi Tugas Atau Kerja Rumah Anda Akan Selesaikannya Walaupun Memakan Masa. 

9 = Anda Suka Mengejar Kejayaan Atau Aset. Mungkin Juga Anda Memikirkan Perniagaan Yang Membawa Keuntungan.





Berdasarkan perkiraan tarikh lahir diatas..no 7 kan..
 "..Anda Punyai Ramai Kawan Atau Mudah Mendapat Penyokong. Ini Membuatkan Hidup Anda Nampak Bertuah..."

P/S: wow..begitu rupanya...tp ade lg yg menanti semua pembaca blog AbeYa ni..sebab ini bru separuh jalan..dan hanyalah asas..seterusnya kita akan bersambung lain kali ye..


Rujukan 
http://tarikh-lahir-sains-metafizik.blogspot.com/

 

Hanya Pada-MU Ya Allah


APABILA Semuanya Serba Tidak Kena,
Dan Anda Tidak Tahu Apa Lagi Yang Hendak Dibuat,
Ingatlah... Anda Masih Boleh Bersandar Kepada Yang Maha Mengasihi...

Apabila Hidup Diselubungi Kegelapan Dan Semuanya Silap,
Carilah Sinar Itu Dari Dia Yang Memberi Cahaya...  
Apabila Dibelenggu Masalah,
 Sedangkan Tiada Sesiapa Pun Yang Mahu Mengambil Kisah,
Ingatlah Pada Dia Yang Tidak Pernah Melukakan Hatimu..
 Dia Maha Adil...

Apabila Hati Terluka Dan Kesakitan Itu Menumbangkan Kudratmu,
Jangan Berputus Asa Kerana Dia Melihat Segala-galanya...
Apabila Lemah Tidak Berdaya,
 Sedangkan Perjalanan Masih Jauh Perlu Diharungi,
Carilah Kekuatan Itu Dari Yang Maha Perkasa... 
Apabila Hidup Ini Dirasakan Seperti Beban,
Segala-galanya Goyah,
 Bangunkan Semula Kota Semangat Itu Dengan Keyakinan Bahawa Itulah Iradat-nya...

Apabila Jalan Di Depan Di Gelapi Mendung,
 Sedangkan Tiada Sesiapa Di Sisi Sudi Menemanimu,
 Carilah Jalan Lurus Itu Dari Dia,
 Yang Menjadi Satu-Satunya Panduan Hidup... 

Apabila Semua Orang Di Sekeliling Tidak Mendengar Suara Dan Keluhanmu,
Jangan Kecewa Kerana Dia Yang Maha Mendengar... 
Apabila Miskin Dan Papa, Anda Terperangkap Dalam kesempitan,
Ingatlah Kepada Dia Yang Maha Kaya...

Apabila Engkau Dalam Kedukaan Sedangkan Tiada Tempat Untuk
Melarikan Diri,
Mengadulah Kepada Dia Yang Satu,
 Apabila Keseorangan Dan Kedukaan Itu Seperti Tiada Penghujungnya,
 Serahkan Dirimu Kepada Dia... Satu-Satunya Tempat Yang Boleh Digantungkan Harapan...  

Apabila Parut Lukamu Dicederakan lagi,
 Hatimu Dicakari Kebimbangan,
Ingatlah Bahawa Dia Sentiasa Bersama Orang-Orang Yang Sabar... 



p/s : Diri ini hanya pandai mengingatkan orang lain, tetapi banyak kekurangan dan kelemahan diri yang perlu dimuhasabah sendiri...

In My Mind

Salam kepada semua yg sudi singgah di blog AbeYa ni..haha..dah lame menyepi..bukan ape..bz kot..haha..
anyway..jom kita berkongsi ilmu..Agama..teknologi..gosip2..dan sebagainya..catch up soon okey..
wasalam..