Monday 31 January 2011

Gol More Kelate Gol More


LANGKAH kanan yang dilakar Kelantan dengan merangkul Piala Sumbangsih selepas menewaskan Selangor, Sabtu lalu mahu diteruskan oleh semua pemain apabila turun melayan kunjungan Terengganu di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini.
Ketua pasukan, Badri Radzi percaya tiga mata yang diperoleh di laman sendiri malam ini pastinya lebih manis biarpun tiga hari lalu berjaya menjulang salah satu piala berprestij tanah air kerana beraksi di depan penyokong sendiri.
Katanya, dia dan rakan-rakan sepasukannya terpaksa melupakan seketika kegembiraan membenam Selangor di Shah Alam selain berjaya membawa pulang buat pertama kalinya Piala Sumbangsih ke bumi Kelantan berikutan jadual perlawanan yang padat.
“Aksi menentang Terengganu bukan satu tugas yang mudah dan saya jangka semua orang tahu pertemuan antara Kelantan dan Terengganu adalah satu perlawanan yang dinantikan oleh peminat kedua- dua pasukan sejak dulu kerana ia melibatkan maruah dua pasukan berjiran.
“Musim lalu kita hanya tewas sekali di Kota Bharu ketika menentang Kedah pada perlawanan Piala FA. Rekod terse- but menjadikan banyak pasukan lawan gerun dan musim ini saya dan rakan-rakan akan berusaha untuk pastikan ‘title’ stadium ini sebagai stadium keramat terus kekal,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, kejayaan merangkul satu piala sebaik tirai saingan Liga Super musim 2011 tidak harus menjadikannya dan rakan-rakan lain alpa dan mahu semua pemain terus memberikan komitmen serta kesungguhan yang jitu.
Katanya, Kelantan tidak mampu untuk tercicir mata pada perlawanan menentang Terengganu terutama ketika aksi di tempat sendiri.
sumber: kosmo

Friday 28 January 2011

English OHH English

Whats so wrong in learning english..haha..melalut je aku..sem ni belajar english report writing..ermm..nk kata senang tak la jugak..nk kata susah..memang le..kne la wat exercise bnyak ckit..yg aku tak tahn ni ade satu kartun kat muke depan buku exerice aku ni..hang sume nk tgk tak... jomm..



memang sengal la mamat skater ni..haha..anyway.. gud luck for me in da class okey..daaa
wasalam


Monday 17 January 2011

Kanser perut boleh membunuh Part 2

Gejala sama
“Tanda-tanda awal kanser perut sama seperti gastrik iaitu kembung perut, sakit perut apabila makan dan cepat kenyang.
PROSEDUR endoskopi merupakan langkah terbaik untuk mencegah kanser perut.

“Apabila ada tanda-tanda sebegini, ramai yang cuba merawat penyakit mereka dengan membeli ubat di farmasi untuk melegakan kesakitan walaupun keadaan tersebut berulang setiap bulan,” ujarnya.
Ramai yang tidak sedar bahawa ia adalah tanda-tanda awal kanser perut kerana simptomnya sama dengan sakit perut biasa dan gastrik.
“Hanya satu cara saja untuk mengesan sama ada kesakitan tersebut disebabkan kanser atau tidak ialah dengan melakukan pemeriksaan endoskopi.
“Kamera akan dimasukkan ke dalam perut bagi menjalani prosedur ini. Ia mampu mengesan ketumbuhan atau ulser dan bakteria di dalam perut. Jika seseorang itu memilih untuk merawat sendiri, maka dia akan terlepas peluang mengesan kanser pada tahap awal,” jelasnya.
Simptom kanser perut pada tahap satu dan dua sama seperti gastrik kerana ia tidak menunjukkan perbezaan. Walaupun mempunyai simptom yang sama, tetapi gastrik dan kanser perut adalah dua penyakit yang berbeza.
Seseorang yang menghidap simptom seperti tiada selera makan, berat badan turun secara mendadak, muntah-muntah sejurus habis makan dan najis berwarna hitam pada tahap tiga dan empat yang boleh menyebabkan kematian.
Kanser pada tahap dua dan tiga boleh dirawat melalui pembedahan, manakala tahap empat biasanya pesakit akan menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi kerana sel kanser telah merebak ke hati dan paru-paru.
Pemeriksaan endoskopi
Sejauh manakah jangka hayat seseorang itu apabila didiagnos menghidap kanser perut?
“Hayat seseorang pesakit itu bergantung kepada tahap kanser yang dialami. Berdasarkan statistik, 70 hingga 80 peratus pesakit berada pada tahap tiga dan empat.
BAKTERIA Helicobacter pylori antara punca kanser perut.

“Tidak ramai yang datang pada tahap satu dan dua. Jika kita merawat pesakit pada tahap awal, jangka masa hidup mereka lebih lama berbanding tahap tiga dan empat,” katanya peluang pesakit tahap tiga dan empat untuk hidup adalah antara enam bulan hingga setahun walaupun mendapat rawatan.
Di Malaysia mereka yang berumur 45 tahun ke atas adalah kelompok yang paling ramai menghidap kanser perut. Pada masa yang sama, mereka yang obes juga berisiko tinggi mendapat kanser tersebut.
Pengambilan makanan berlemak, bergoreng dan kandungan garam yang tinggi antara puncanya.
Sementara itu, pakar perunding gasteorologi Hospital Pusat Kanser Kebangsaan Tokyo, Profesor Takeshi Sano memberitahu, peningkatan kes kanser perut berpunca daripada kurang pengetahuan mengenainya.
“Sehubungan itu, pemeriksaan endoskopi sangat penting untuk mengesan sama ada seseorang itu menghidap kanser perut atau tidak lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga.
“Jika anda mengalami sakit perut yang berulang, jangan ambil ringan kerana ia mungkin kanser perut pada tahap awal,” katanya ketika ditemui pada Kongres Kanser Gastroesofagel Asia Pasifik Ketiga di Pusat Konvensyen Swan, Pusat Perubatan Sunway baru-baru ini.
KANSER perut tahap tiga dan empat boleh mengakibatkan kematian.

Bergantung kepada tahap keseriusan kanser, lebih 90 peratus pesakit sembuh melalui endoskopi dan pembedahan.
“Walaupun kanser sudah dirawat, ada kemungkinan ia berulang tetapi ia jarang berlaku. Sehubungan itu, seseorang pesakit itu harus dipantau oleh doktor selepas menjalani pembedahan atau endoskopi.
“Endoskopi bukanlah sesuatu yang menyakitkan dan prosedur itu mengambil masa antara lima hingga 10 minit. Pesakit boleh berehat satu hingga dua jam dan boleh pulang ke rumah atau melakukan aktiviti harian seperti biasa. Ia bukanlah pembedahan,” terangnya.
Di Jepun, 100,000 kes baru melibatkan kanser perut dikesan setiap tahun. Separuh daripada jumlah tersebut merupakan kanser perut pada tahap awal.
Sekitar 95 peratus dapat dirawat melalui pembedahan manakala selebihnya tampil dengan kanser pada peringkat yang tidak boleh dirawat.
“Tidak perlu malu atau takut untuk melakukan endoskopi. Sangat berbaloi melakukannya kerana ia dapat menyelamatkan nyawa anda,” tegasnya.
p/s:oleh itu marilah sama kita menjaga kesihatan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, selalu melakukan senaman.









Friday 14 January 2011

9 Tips Diet Yang Seimbang


Cukup sederhana, untuk menurunkan berat badan dan meningkatkan keadaan kesihatan anda, anda perlu makan lebih sedikit, makan lebih kerap, dan makan lebih baik. 

Ini adalah beberapa langkah sederhana untuk mengambil:

1. Rancang makanan anda. Ini adalah cara terbaik yang kita tahu untuk tetap berpegang pada tujuan makan sihat. Gunakan perancang makan mingguan dalam perancang peribadi, dan memberikan keutamaan untuk ayam, ikan, dan hidangan kacang-kacangan. 

2. Makan lebih kerap. Pendekatan terbaik untuk diabetes adalah untuk makan tiga kali berukuran sedang (termasuk sarapan!) Dan dua camilan sehat sehari. 

3. Makanlah lima hidangan sayur-sayuran sehari. Dengan makan lebih banyak sayur-sayuran, secara automatik anda akan makan lebih banyak serat dan kurang lemak. Dan sayur-sayuran penuh melawan penyakit sebatian. Satu porsi 1 / 2 cawan sayur-sayuran tin atau dimasak atau 1 cawan sayuran mentah. 

4. Makanlah empat porsi buah sehari. Satu hidangan buah adalah sepotong buah utuh, 1 / 2 cawan dimasak atau tin buah, atau 1 buah gelas mentah. Apakah buah dengan sarapan dan sebagai makanan ringan. 

5. Beralih ke whole grain. Biji-bijian seperti roti gandum dan beras merah mengandungi serat, yang blunts kenaikan gula darah. Bertujuan untuk 3-6 porsi sehari. Satu hidangan adalah 1 potong roti gandum utuh atau 1 / 2 cup beras coklat atau pasta gandum. 

6. Makanan kaya kalsium. Mereka memudahkan penurunan berat badan. Bertujuan untuk mendapatkan 2-3 porsi sehari makanan kalsium rendah lemak seperti susu, yogurt, dan keju. Satu hidangan adalah 1 cawan susu atau yogurt atau 1 1 / 2 ons nonprocessed keju. 

7. Makan kacang-kacangan 3-5 kali seminggu. Kacang yang sarat dengan serat, khususnya serat larut, yang menurunkan kolesterol. 

8. Fokus pada "lemak baik." Sementara lemak tepu (jenis yang ditemui dalam daging merah, mentega, dan ais krim) menyumbang pada pertahanan insulin, "baik" lemak membantu menstabilkan gula darah anda. Favor ikan lebih dari daging merah dan zaitun atau minyak canola atas mentega.

9. Perhatikan saiz hidangan anda. Perlu diingat bahawa pinggan-utama hidangan daging adalah hanya saiz sebesar setumpuk dari kad, dan pasta dan bijirin harus disimpan menjadi kurang dari 1 cawan.
Sumber:http://www.rdasia.com.my/9-simple-diet-changes

Thursday 13 January 2011

HOW TO CREATE FACEBOOK BADGE ON YOUR BLOG OR WEBSITE..LET TRY

Facebook memiliki ciri-ciri kecil yang menyenangkan disebut badge. Lencana membuatnya mudah bagi anda untuk mempamerkan anda profilFacebook, serta status update terbaru.

Jika anda masuk ke Facebook anda akan ingin untuk meningkatkan kekuatan rangkaian anda dengan membiarkan orang tahu anda ada di sana dan dengan memberikan mereka link ke laman Facebook anda. Salah satu cara untuk melakukan ini ialah dengan membuat lencana Facebook dan memaparkannya di blog atau laman web anda.

Kunjungi Facebook Profail laman lencana, dan pilih maklumat yang anda ingin paparkan pada badge anda dengan mengklik Edit lencana ini dan Simpan.




Letakkan lencana Tambahkan ke sidebar blog anda

Copy kod HTML dan paste ke widget teks di blog anda.

Adakah ini berguna?