Monday 31 January 2011

Gol More Kelate Gol More


LANGKAH kanan yang dilakar Kelantan dengan merangkul Piala Sumbangsih selepas menewaskan Selangor, Sabtu lalu mahu diteruskan oleh semua pemain apabila turun melayan kunjungan Terengganu di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini.
Ketua pasukan, Badri Radzi percaya tiga mata yang diperoleh di laman sendiri malam ini pastinya lebih manis biarpun tiga hari lalu berjaya menjulang salah satu piala berprestij tanah air kerana beraksi di depan penyokong sendiri.
Katanya, dia dan rakan-rakan sepasukannya terpaksa melupakan seketika kegembiraan membenam Selangor di Shah Alam selain berjaya membawa pulang buat pertama kalinya Piala Sumbangsih ke bumi Kelantan berikutan jadual perlawanan yang padat.
“Aksi menentang Terengganu bukan satu tugas yang mudah dan saya jangka semua orang tahu pertemuan antara Kelantan dan Terengganu adalah satu perlawanan yang dinantikan oleh peminat kedua- dua pasukan sejak dulu kerana ia melibatkan maruah dua pasukan berjiran.
“Musim lalu kita hanya tewas sekali di Kota Bharu ketika menentang Kedah pada perlawanan Piala FA. Rekod terse- but menjadikan banyak pasukan lawan gerun dan musim ini saya dan rakan-rakan akan berusaha untuk pastikan ‘title’ stadium ini sebagai stadium keramat terus kekal,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, kejayaan merangkul satu piala sebaik tirai saingan Liga Super musim 2011 tidak harus menjadikannya dan rakan-rakan lain alpa dan mahu semua pemain terus memberikan komitmen serta kesungguhan yang jitu.
Katanya, Kelantan tidak mampu untuk tercicir mata pada perlawanan menentang Terengganu terutama ketika aksi di tempat sendiri.
sumber: kosmo

No comments: