Friday, 18 September 2015

Bantuan Rakyat 1Malaysia datang lagi

Assalamualaikum

Ohoooiii.... Bantuan Rakyat 1Malaysia datang lagi... BR1M

Untuk makluman semua Br1M yang kali ketiga pada tahun 2015 akan disalurkan bermula 28 September 2015 kepada yang TERLIBAT.

TETTTTAAAPIII BERITA TERBARU BR1M 2015 YANG KETIGA AKAN DAPAT LEBIH AWAL IAITU BERMULA 21 SEPTEMBER 2015....



Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kedua akan bermula esok, membabitkan 4.65 juta penerima, kata Kementerian Kewangan, hari ini. 

Pembayaran peringkat kedua ini turut melibatkan tuntutan rayuan yang diluluskan kepada 141,670 penerima, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan. 

Melalui pengumuman Bajet 2015, kerajaan memutuskan supaya pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat.

Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 15 Januari 2015. Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing- masing. 

Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM.



Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima, dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB dan Public Bank, yang berhampiran. 

Pada masa sama, Ahmad Husni berkata kerajaan memperkenal Skim Khairat Kematian (SKK) dengan bantuan sebanyak RM1,000, bertujuan membantu waris penerima BR1M dalam kategori isi rumah dan warga emas yang telah meninggal dunia. 

Sehingga kini, lebih 16,000 tuntutan SKK telah diluluskan, katanya. 

Waris penerima BR1M yang dinamakan dalam Borang Permohonan BR1M, boleh membuat tuntutan SKK di mana-mana cawangan BSN dengan mengemukakan dokumen sijil kematian serta kad pengenalan diri waris. 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, penerima boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada: br1m@treasury.gov.my. 

Sumber: FB Friends of BN



p/s: Alhamdulillah, untuk pengetahuan kawan2, saya adalah penerima BR1M, hehe, nanti jangan lah bersesak2 untuk pergi ke ATM. Beratur dengan baik dan bersabar.

Tuesday, 26 May 2015

Bayaran BR1M 2015 peringkat kedua esok, 4.65 juta penerima

Assalamualaikum

Dikala kita sebagai rakyat Malaysia kita ni penuh dengan cabaran dan dugaan yang bermacam, dengan pelepasan subsidi untuk pertol dan diesel, tambahan pula GST melanda pada April 2015, ini menjadikan kebanyakkan daripada kita agak sengsara dari segi perbelanjaan harian.

Tapi kita jangan lupa jika ada sebarang duit atau hadiah ditawarkan oleh kerajaan ambil je tanpa segan silu, seperti BR1M dan sebagainya, hahaha kan. 


Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kedua akan bermula esok, membabitkan 4.65 juta penerima, kata Kementerian Kewangan, hari ini. 

Pembayaran peringkat kedua ini turut melibatkan tuntutan rayuan yang diluluskan kepada 141,670 penerima, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan. 

Melalui pengumuman Bajet 2015, kerajaan memutuskan supaya pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat.

Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 15 Januari 2015. Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing- masing. 

Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM.



Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima, dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB dan Public Bank, yang berhampiran. 

Pada masa sama, Ahmad Husni berkata kerajaan memperkenal Skim Khairat Kematian (SKK) dengan bantuan sebanyak RM1,000, bertujuan membantu waris penerima BR1M dalam kategori isi rumah dan warga emas yang telah meninggal dunia. 

Sehingga kini, lebih 16,000 tuntutan SKK telah diluluskan, katanya. 

Waris penerima BR1M yang dinamakan dalam Borang Permohonan BR1M, boleh membuat tuntutan SKK di mana-mana cawangan BSN dengan mengemukakan dokumen sijil kematian serta kad pengenalan diri waris. 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, penerima boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada: br1m@treasury.gov.my. 

Selanjutnya di : Berita Harian BR1M 2015

p/s: Alhamdulillah, untuk pengetahuan kawan2, saya adalah penerima BR1M, hehe, nanti jangan lah bersesak2 untuk pergi ke ATM. Beratur dengan baik dan bersabar.

Monday, 18 May 2015

How to Recover Files Hidden by a Virus | Restore Hidden Files in Windows 7

Assalamualaikum, apa kabar sahabat2 pembaca blog saya. Hari ini saya nak kongsikan macam mana nak tukarkan balik file atau folder anta yang telah dijangkiti virus sehingga menjadi "hidden".

1. Go to START Menu in Windows 7. Enter CMD in search box and hit Enter. This would open up command prompt.


2. Now go to the drive you want to work on. e.g. If you want to work on e: drive the type e: and press enter.


3. Now enter the following command and hit enter.
attrib –s –h *.* /S /D
This would change the hidden attribute of the file back to normal.



That’s it. You’re done.

Hah kan dah tahu kan, jadi lepas ni bolehlah anda semua boleh guna langkah ini untuk mengatasi masalah yang terjadi seperti yang telah disebutkan tadi...
Good Luck ye. 

Terima kasih kerana sudi membaca.

Sumber: The How To Blog

Wednesday, 27 April 2011

Tutorial Blog : Letak Facebook Share Button dalam Blog

Penggunaan button share dalam blog untuk web sosial facebook dapat memudahkan para pengunjung sesebuah blog berkongsi apa yang disukai kepada kawan-kawan di facebook.



Dengan hanya beberapa klik sahaja, ianya sudah siap sedia untuk dikongsi di profile facebook. selain itu penggunaan facebook share button ini dapat manarik lebih ramai pelawat ke sesebuah blog.

Contoh penggunaan facebook share button (selain blog ini) adalah di unwanted86 dan juga ohbest.

Cara untuk memasukkan facebook share button ini adalah seperti berikut.

1. Pilih jenis facebook share button yang anda kehendaki, kemudian copy code yang diberi.


Code untuk Full



Code untuk Compact




2. Login akaun blogger, dari dashboard > design > edit HTML > Expand Widget Templates (Jangan lupa backup template)

3. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod ini.



jika tidak jumpa, cari kod ini.


4. Selepas itu paste kod share button (langkah 1) DIBAWAH kod yang anda cari (langkah 3)

5. Save template dan lihat hasilnya.


Tutorial Blog : Letak Facebok Button 'Like' Dalam Blog

Meletakkan button 'like' dalam blog dapat memberi gambaran secara kasar samada penunjung anda menyukai entri yang ada di blog anda. Selain itu, penggunaan button 'like' ini juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan trafik blog anda.



Anda boleh lihat contoh button 'like' di blog ini dan juga di unwanted86.


Cara-cara untuk meletakkan button like ini adalah seperti berikut.

1. Login akaun blogger, dari dashboard > design > edit HTML > expand widget templates
backup template untuk langkah berjaga²)

2. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod berikut.

3. Kemudian copy kod ini, dan paste di bawah kod yang anda cari di langkah 2.






contoh:

4. Save dan lihat hasilnya.:)

Tutorial Blog : Letak Button Like Untuk Blog

Bagaimana anda hendak menentukan secara rawak berapa ramai yang suka blog anda.?.
Salah satu daripadanya adalah dengan meletakkan button 'like' untuk blog.




Jika tutorial meletakkan button 'like' dalam entri merujuk kepada pengunjung yang suka pada entri anda, meletakkan button 'like' ini pula akan merujuk kepada bilangan pengunjung yang suka blog anda secara keseluruhannya.

Anda boleh menggunakan kod yang diberi untuk diletakkan di sidebar blog anda

Tutorial untuk meletakkan button ini seperti di bawah.

1. Login akaun blogger, dari dashboard > design > add a gadget > HTML javascript

2. Copy dan paste kod di bawah ke dalam ruangan HTML/javascript



note: Gantikan URL-ANDA dengan url blog anda

3. Save dan lihat hasilnya.:)

p/s: Apabila seseorang 'like', akan keluar di wall orang yang like tentang blog anda dan secara tidak langsung dapat meningkatkan trafik blog anda.:)

Saturday, 23 April 2011

Tutorial Blog: Tukar Cursor Untuk Blog Anda

Menukar cursor untuk blog anda dapat menghilangkan rasa bosan melihat cursor default yang digunakan oleh komputer anda.(berbentuk anak panah putih). Atau mungkin juga anda inginkan sedikit kelainan pada cursor berbanding cursor biasa.




Tutorial kali ini ialah berkongsi website yang dapat memudahkan anda mendapatkan kod bagi cursor ini serta sedikit pengubahsuaian pada kod tersebut.

1. Buka website http://www.cursors-4u.com/

2. Pilih cursor kegemaran anda. (Pastikan anda TIDAK mengambil cursor yang jenis animated, kerana ianya hanya berfungsi dalam IE)

3. Copy code yang diberikan. Contoh kod adalah seperti berikut. Kemudian DELETE kod yang telahdiwarnakan seperti dibawah







4. Kod akhir sepatutnya kelihatan seperti ini sahaja.




5. Kemudian dari dashboard anda > design > add a gadget > HTML/javascript, pastekan kod di atas diruangan tersebut.

6. Save dan lihat hasilnya.



Selamat Mencuba, sebarang pertanyaan, sila la komen2 ye..heebye

Tutorial Blog : Cara Buat Gambar Bergerak (Scrolling Image)

Assalam, ari ni saya ingin berkongsi tutorial untuk menceriakan blog, iaitu membuat gambar/imager bergerak pada mane2 bahagian dalam blog, terutama yg menggunakan blogspot..okeh..tutorial ini pun saya amik dari blog Tutorial Untuk Blog.
Jom kita ikuti Membuat scrolling image dapat memberi pandangan yang berbeza berbanding memaparkan gambar secara statik. Kebanyakan scrolling image ini diaplikasikan oleh sesetengah blog yang mempunyai senarai list dalam bentuk gambar seperti banner ataupun mendapat tag daripada blogger lain.


Contoh scrolling image adalah berikut.








Pergerakan setiap gambar dapat diubah samada dari kiri ke kanan, bawah ke atas dan sebaliknya. Selain itu kelajuan pergerakan setiap gambar juga dapat dikawal.

Contoh kod bagi scrolling image adalah seperti berikut.





Penerangan:

Arah pergerakan gambar : boleh ditukar kepada up, down dan right.
Kelajuan pergerakan gambar : boleh ditukar kepada nombor lain. Semakin tinggi nilai semakin laju.
link untuk dibuka: link yang hendak dibuka apabila gambar diklik.
url gambar: url gambar yang hendak dipamerkan.

Nota:
1. Jika anda ingin menambah lebih banyak gambar, cuma copy paste kembali untuk bahagian gambar
2. Kod-kod ini dapat digunakan di dalam post entri ataupun pada bahagian gadget





Saturday, 12 March 2011

Mukaddimah aku dalam berblogging..

Assalam kepada semua pembaca blog zackgigz, aku ni tak reti sgt nk tulis2 ape2..hehe..maklumla bukan ahli sastera..tapi dunia blogging ni penuh dgn keyword dan term tertentu..perkataan..istilah..dan fakta..atau pendapat yg membolehkan menarik orang ramai ke blog kite..disini aku ingin berkongsi detik2 permulaan atau mukaddimah aku dalam berblogging menggunakan BLOGSPOT blogger ni..jom2..



Mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangka.
Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, anda sudah bergelar seorang blogger.








Cara Buat Akaun Blogspot






Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.

Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini.http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'
Cara Buat Akaun Blogspot


3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.
Cara Buat Akaun Blogspot


4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address
  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
  • Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.

Cara Buat Akaun Blogspot


5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'
Cara Buat Akaun Blogspot






6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)
Cara Buat Akaun Blogspot

credit to:http://tutorialuntukblog.blogspot.com

Tuesday, 22 February 2011

Kenape AKU Berblogging

As salam dan selamat sejahtera kpd semua sahabat2. Setelah sekian lama menjadi blogger ni terdetik difikiran ini..buat ape aku berblogging eak..suke2 ke..hobi ke..nk luah perasaan ke..nk cari cabaran baru..ermm..bermacam2 lah bermain difikiran..bila aku dah melawat beratus2 geng blogger..aku telah belajar mengenai beberapa term yg penting dalam berblogging iaitu SEO stand for search engine optimization iaitu dari sahabat blogger aku sndiri faisal, traffik ke blog kite dari hujanbatu lebih kepada content2 dalam blog, backlink, trick2 macam mane nk bagi org slalu dtg blog kite..ermm..bnk idea yg berguna la..kebanyakkan dari blogger yg telah aku lawati menggunakan pelbagai teknik..semasa berblogging juga mereka juga menjana income..ermm..bukanye mudah tau dan telah ramai give up dalam blogging ini ..adakah internet betul2 boleh memberi income kepada kite ye..camne tuh..internet n duit..ermm..anyway..terima kasih kepada kedua blogger yg telah saya sebutkan tadi iaitu faisal dan hujanbatu..ramai lagi saya nk sebutkan ni..tapi takut tak cukup kredit..eh..hehe..just kidding..anyway..saya akan cume untuk menghubungkan internet dan duit ini dalam blog saya..disamping berkongsi pengalaman...kalau korg terbaca entri ini..agak2 la..ape pendapat korg ye..
...........i love to hear from pro..hehe

Saturday, 19 February 2011

Pengalaman anda @ pengalaman orang lain


Belajar dari pengalaman ialah suatu pengajaran yang paling efektif dan simple untuk di hayati . Kita selalu dengar ayat ni “experience is the best teacher”. Belajar dari pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain? Mana satu pilihan anda?. Bagi saya belajar dari pengalaman orang adalah lebih efectif kerana kita tidak perlu melalui pengalaman itu sendiri sekiranya pengalaman itu menensionkn or menyakitkn or bukannya pengalaman bermakna. Saya bercakap di sini bukanlah mengenai pengalaman keluar ngn awek or pengalaman-pengalamn manis dan fantasi tetapi pengalaman hidup yg akan mengajar kita berfikiran lebih matang.

Belajar dari pengalaman orang lain buknnya senang kerana kita perlu betul2 muhasabah dan sentiasa mengingtkn diri kita akan pengalaman tersebut sebagai contoh kemalangan di jalan raya. Kita dapat tengok kebanyakkan pembonceng moto dan pemandu kereta suka membawa laju walaupun dalam keadaan jalan yg agak sibuk. Adakah kita tggu berlakunya kemalangan terlebih dahulu sebelum kita berfikir semasa memandu??. Macam mana kalau kemalangan itu berlaku ke atas diri kita,adakah kita sempat untuk mengelakkannya?bagaimana jika kita mnyebabkan kematian orng lain?adakah baru ketika itu kita akan insaf. Sebab itulah sy mnyatakn lau kita belajar dari pengalaman orang lain sudah tentu kita akn sentiasa memandu dalam keadaan beringat and even if berlaku kemalangan pun kita tahu kita da cuba yg terbaik dalam kes ini.

Belajar dari pengalamn orang lain juga adalah perlu terutama dalam pelajaran. Kita dapat melihat sendiri bagaimana menjadi seorang yg Berjaya jika kita belajar dengn bersugguh-sungguh. Tak kan la kita nk gagal dahulu dan melalui hidup yg perit untuk betul2 mengetahui bahawa berjaya dlm pelajaran adalah pnting dalam laluan masa depan kita. Jika kita sentiasa belajar pngalamn sekeliling kita dpt berfikir dengn waras mana yg betul dan mana yg terbaik untuk diri kita.
Kadang kala manusia juga perlukan kesilapan dalam hidup supaya dpt matangkn diri tetapi buknlah kesilapn yg berterusan dan berkekalan yg akan merugikan kita satu hari nnt. Oleh itu sentiasalah belajar dari kesilapan or penglaman kita dan juga orng lain supaya kita menjadi insan yg berguna di dunia dan juga di akhirat…InsyaAllah..


Perkongsian: www.kisah2kita.blogspot.com

Handsome Vs Tak Handsome

 


Tetiba terpikir sesuatu dibenak minda ini..adakah aku ni encem kan..huhu..kata kite encem kan..owg ckap kite perasan la..koya la..hehe..tapi saya nk share sesuatu dgn anda sume..jom kite cube selami beberapa kalimah2 berikut..


kalau lelaki handsome itu pendiam, perempuan akan cakap: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam, perempuan akan cakap: eh, perasan bagus...
kalau lelaki handsome berbuat jahat, perempuan akan kata: nobody's perfect.
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat, perempuan akan cakap: memang...muka pun macam pecah rumah!
kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu, perempuan akan cakap: wah..machonya..macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu, perempuan akan kata: entah-entah kawan dia..
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik, perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik, perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tu!
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih,perempuan akan kata: jangan sedih,kan saya ada.
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih, perempuan akan kata...(terdiam,tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya).


Kalau lelaki handsome penyayang binatang, perempuan akan cakap: perasaannya halus... penuh kasih sayang.
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang, perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi..
Kalau lelaki handsome bawa BMW, perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam.
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW, perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?..
Kalau lelaki handsome tak mau bergambar,perempuan akn cakap: pasti takut kalau-kalu gambarnya tersebar.
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar, perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?..
Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan, perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen.
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan, perempuan akan akn cakap: naluri pembantu, memang begitu...
Kalau lelaki handsome bersedih hati,perempuan akan kata: kuat nangis! Lelaki ke bukan ni?..


so..ape pandapat korang sume..adakah ini hakikatnye or omong2 kosong..or hnya khayalan setengah2 org sahaja..huhu..mesti pompuan lebih memahaminya lebih dari lelaki sndiri..or semua bergantung jugak kan..hurmmm..

Monday, 31 January 2011

Gol More Kelate Gol More


LANGKAH kanan yang dilakar Kelantan dengan merangkul Piala Sumbangsih selepas menewaskan Selangor, Sabtu lalu mahu diteruskan oleh semua pemain apabila turun melayan kunjungan Terengganu di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini.
Ketua pasukan, Badri Radzi percaya tiga mata yang diperoleh di laman sendiri malam ini pastinya lebih manis biarpun tiga hari lalu berjaya menjulang salah satu piala berprestij tanah air kerana beraksi di depan penyokong sendiri.
Katanya, dia dan rakan-rakan sepasukannya terpaksa melupakan seketika kegembiraan membenam Selangor di Shah Alam selain berjaya membawa pulang buat pertama kalinya Piala Sumbangsih ke bumi Kelantan berikutan jadual perlawanan yang padat.
“Aksi menentang Terengganu bukan satu tugas yang mudah dan saya jangka semua orang tahu pertemuan antara Kelantan dan Terengganu adalah satu perlawanan yang dinantikan oleh peminat kedua- dua pasukan sejak dulu kerana ia melibatkan maruah dua pasukan berjiran.
“Musim lalu kita hanya tewas sekali di Kota Bharu ketika menentang Kedah pada perlawanan Piala FA. Rekod terse- but menjadikan banyak pasukan lawan gerun dan musim ini saya dan rakan-rakan akan berusaha untuk pastikan ‘title’ stadium ini sebagai stadium keramat terus kekal,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, kejayaan merangkul satu piala sebaik tirai saingan Liga Super musim 2011 tidak harus menjadikannya dan rakan-rakan lain alpa dan mahu semua pemain terus memberikan komitmen serta kesungguhan yang jitu.
Katanya, Kelantan tidak mampu untuk tercicir mata pada perlawanan menentang Terengganu terutama ketika aksi di tempat sendiri.
sumber: kosmo

Friday, 28 January 2011

English OHH English

Whats so wrong in learning english..haha..melalut je aku..sem ni belajar english report writing..ermm..nk kata senang tak la jugak..nk kata susah..memang le..kne la wat exercise bnyak ckit..yg aku tak tahn ni ade satu kartun kat muke depan buku exerice aku ni..hang sume nk tgk tak... jomm..



memang sengal la mamat skater ni..haha..anyway.. gud luck for me in da class okey..daaa
wasalam


Monday, 17 January 2011

Kanser perut boleh membunuh Part 2

Gejala sama
“Tanda-tanda awal kanser perut sama seperti gastrik iaitu kembung perut, sakit perut apabila makan dan cepat kenyang.
PROSEDUR endoskopi merupakan langkah terbaik untuk mencegah kanser perut.

“Apabila ada tanda-tanda sebegini, ramai yang cuba merawat penyakit mereka dengan membeli ubat di farmasi untuk melegakan kesakitan walaupun keadaan tersebut berulang setiap bulan,” ujarnya.
Ramai yang tidak sedar bahawa ia adalah tanda-tanda awal kanser perut kerana simptomnya sama dengan sakit perut biasa dan gastrik.
“Hanya satu cara saja untuk mengesan sama ada kesakitan tersebut disebabkan kanser atau tidak ialah dengan melakukan pemeriksaan endoskopi.
“Kamera akan dimasukkan ke dalam perut bagi menjalani prosedur ini. Ia mampu mengesan ketumbuhan atau ulser dan bakteria di dalam perut. Jika seseorang itu memilih untuk merawat sendiri, maka dia akan terlepas peluang mengesan kanser pada tahap awal,” jelasnya.
Simptom kanser perut pada tahap satu dan dua sama seperti gastrik kerana ia tidak menunjukkan perbezaan. Walaupun mempunyai simptom yang sama, tetapi gastrik dan kanser perut adalah dua penyakit yang berbeza.
Seseorang yang menghidap simptom seperti tiada selera makan, berat badan turun secara mendadak, muntah-muntah sejurus habis makan dan najis berwarna hitam pada tahap tiga dan empat yang boleh menyebabkan kematian.
Kanser pada tahap dua dan tiga boleh dirawat melalui pembedahan, manakala tahap empat biasanya pesakit akan menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi kerana sel kanser telah merebak ke hati dan paru-paru.
Pemeriksaan endoskopi
Sejauh manakah jangka hayat seseorang itu apabila didiagnos menghidap kanser perut?
“Hayat seseorang pesakit itu bergantung kepada tahap kanser yang dialami. Berdasarkan statistik, 70 hingga 80 peratus pesakit berada pada tahap tiga dan empat.
BAKTERIA Helicobacter pylori antara punca kanser perut.

“Tidak ramai yang datang pada tahap satu dan dua. Jika kita merawat pesakit pada tahap awal, jangka masa hidup mereka lebih lama berbanding tahap tiga dan empat,” katanya peluang pesakit tahap tiga dan empat untuk hidup adalah antara enam bulan hingga setahun walaupun mendapat rawatan.
Di Malaysia mereka yang berumur 45 tahun ke atas adalah kelompok yang paling ramai menghidap kanser perut. Pada masa yang sama, mereka yang obes juga berisiko tinggi mendapat kanser tersebut.
Pengambilan makanan berlemak, bergoreng dan kandungan garam yang tinggi antara puncanya.
Sementara itu, pakar perunding gasteorologi Hospital Pusat Kanser Kebangsaan Tokyo, Profesor Takeshi Sano memberitahu, peningkatan kes kanser perut berpunca daripada kurang pengetahuan mengenainya.
“Sehubungan itu, pemeriksaan endoskopi sangat penting untuk mengesan sama ada seseorang itu menghidap kanser perut atau tidak lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga.
“Jika anda mengalami sakit perut yang berulang, jangan ambil ringan kerana ia mungkin kanser perut pada tahap awal,” katanya ketika ditemui pada Kongres Kanser Gastroesofagel Asia Pasifik Ketiga di Pusat Konvensyen Swan, Pusat Perubatan Sunway baru-baru ini.
KANSER perut tahap tiga dan empat boleh mengakibatkan kematian.

Bergantung kepada tahap keseriusan kanser, lebih 90 peratus pesakit sembuh melalui endoskopi dan pembedahan.
“Walaupun kanser sudah dirawat, ada kemungkinan ia berulang tetapi ia jarang berlaku. Sehubungan itu, seseorang pesakit itu harus dipantau oleh doktor selepas menjalani pembedahan atau endoskopi.
“Endoskopi bukanlah sesuatu yang menyakitkan dan prosedur itu mengambil masa antara lima hingga 10 minit. Pesakit boleh berehat satu hingga dua jam dan boleh pulang ke rumah atau melakukan aktiviti harian seperti biasa. Ia bukanlah pembedahan,” terangnya.
Di Jepun, 100,000 kes baru melibatkan kanser perut dikesan setiap tahun. Separuh daripada jumlah tersebut merupakan kanser perut pada tahap awal.
Sekitar 95 peratus dapat dirawat melalui pembedahan manakala selebihnya tampil dengan kanser pada peringkat yang tidak boleh dirawat.
“Tidak perlu malu atau takut untuk melakukan endoskopi. Sangat berbaloi melakukannya kerana ia dapat menyelamatkan nyawa anda,” tegasnya.
p/s:oleh itu marilah sama kita menjaga kesihatan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, selalu melakukan senaman.