Tuesday 26 May 2015

Bayaran BR1M 2015 peringkat kedua esok, 4.65 juta penerima

Assalamualaikum

Dikala kita sebagai rakyat Malaysia kita ni penuh dengan cabaran dan dugaan yang bermacam, dengan pelepasan subsidi untuk pertol dan diesel, tambahan pula GST melanda pada April 2015, ini menjadikan kebanyakkan daripada kita agak sengsara dari segi perbelanjaan harian.

Tapi kita jangan lupa jika ada sebarang duit atau hadiah ditawarkan oleh kerajaan ambil je tanpa segan silu, seperti BR1M dan sebagainya, hahaha kan. 


Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kedua akan bermula esok, membabitkan 4.65 juta penerima, kata Kementerian Kewangan, hari ini. 

Pembayaran peringkat kedua ini turut melibatkan tuntutan rayuan yang diluluskan kepada 141,670 penerima, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan. 

Melalui pengumuman Bajet 2015, kerajaan memutuskan supaya pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat.

Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 15 Januari 2015. Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing- masing. 

Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM.



Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima, dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB dan Public Bank, yang berhampiran. 

Pada masa sama, Ahmad Husni berkata kerajaan memperkenal Skim Khairat Kematian (SKK) dengan bantuan sebanyak RM1,000, bertujuan membantu waris penerima BR1M dalam kategori isi rumah dan warga emas yang telah meninggal dunia. 

Sehingga kini, lebih 16,000 tuntutan SKK telah diluluskan, katanya. 

Waris penerima BR1M yang dinamakan dalam Borang Permohonan BR1M, boleh membuat tuntutan SKK di mana-mana cawangan BSN dengan mengemukakan dokumen sijil kematian serta kad pengenalan diri waris. 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, penerima boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada: br1m@treasury.gov.my. 

Selanjutnya di : Berita Harian BR1M 2015

p/s: Alhamdulillah, untuk pengetahuan kawan2, saya adalah penerima BR1M, hehe, nanti jangan lah bersesak2 untuk pergi ke ATM. Beratur dengan baik dan bersabar.

Monday 18 May 2015

How to Recover Files Hidden by a Virus | Restore Hidden Files in Windows 7

Assalamualaikum, apa kabar sahabat2 pembaca blog saya. Hari ini saya nak kongsikan macam mana nak tukarkan balik file atau folder anta yang telah dijangkiti virus sehingga menjadi "hidden".

1. Go to START Menu in Windows 7. Enter CMD in search box and hit Enter. This would open up command prompt.


2. Now go to the drive you want to work on. e.g. If you want to work on e: drive the type e: and press enter.


3. Now enter the following command and hit enter.
attrib –s –h *.* /S /D
This would change the hidden attribute of the file back to normal.



That’s it. You’re done.

Hah kan dah tahu kan, jadi lepas ni bolehlah anda semua boleh guna langkah ini untuk mengatasi masalah yang terjadi seperti yang telah disebutkan tadi...
Good Luck ye. 

Terima kasih kerana sudi membaca.

Sumber: The How To Blog